Wednesday, January 28, 2009

cinta...

CINTA satu perkataan yang indah sekali...namun tak semua mampu merasakan keindahan bercinta itu. Segala-galanya kerana cinta, dimana ia mampu mengajar seribu--sejuta--billlion n trillion erti kehidupan. Kerana cinta jugak lah wujudnya insan di dunia, kerana cinta jugalah kecundangnya seorang wanita dan bangunnya seorang lelaki. Perkataan cinta terlalu indah tapi mampukah untuk diungkap dalam nada yang mudah??
CINTA...wujudnya perasaan itu semulajadi tanpa boleh untuk menafikannya, lahirnya perasaan itu dari hati yang tulus dan ikhlas, dari hati yang penuh perasaan sayang dan kasih. Tapi mampukah dengan perkataan itu dapat menafsirkan apa yang tersirat dalam hati??. Wujudnya cinta ibarat satu cahaya yang mampu menyinari kehidupan kini, melalui hari-hari indah, melayari hidup dengan seribu sinaran cahaya pelangi.
CINTA itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Senyuman anak kecil itu mampu mempesonakan bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
CINTA adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

CINTA...belajarlah dari bermulanya perkataan cinta dan kadungan perkataan itu, dimana ia mampu memberikan kekuatan dalam diri untuk menghadapi dan berkorban demi cinta. Fahamilah erti sebelum mengungkapkan kata CINTA, kerana terlalu pedih sekiranya ada yang terluka..menyintai adalah satu lumrah kehidupan dan sebahagian daripada kehidupan insan yang mempunyai jiwa...:)

No comments:

Post a Comment